Norjihan’s

Life is an adventure

  • Home
  • Aksesori Pencinta Buku
  • Hasil kerja
  • Perpustakaan peribadi
  • Tentang blog ini

21

Sep

Wawancara penulis-penulis fiksyen fantasi oleh Dave Weich

Posted by norjihan  Published in Karya kreatif

Philip Pullman, Tamoran Pierce dan Christopher Paolini adalah penulis-penulis fiksyen fantasi masakini. Maing-masing mempunyai gaya penulisan yang tersendiri.

Ikuti wawancara antara Philip Pullman, Tamoran Pierce dan Christopher Paolini yang berkongsi pengalaman dan ilmu dalam penulisan fiksyen fantasi di sini.

Tags: authors, books, buku, fiksyen fantasi, karya, mengarang, menulis, paolini, pierce, pullman, wawancara, writing

no comment

17

Sep

Elemen-elemen dalam karya popular

Posted by norjihan  Published in Karya kreatif

Antara karya kreatif yang mendapat sambutan melangkaui sempadan demografik dan umur adalah siri Harry Potter, Naruto dan Bleach.

 Siri-siri sebegini yang asalnya adalah novel dan manga telah difilemkan dan dihasilkan ke dalam bentuk animasi, di samping diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa samada secara berlesen ataupun tidak.

 Ia juga menyaksikan pelbagai blog dan laman web dibangunkan oleh peminat-peminat yang mahu berkongsi minat dan keterujaan mereka.

 Apakah yang menjadi daya tarikan mereka?  Ianya terlalu subjektif untuk dikatakan di sini kerana setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza kenapa mereka meminati karya-karya ini.

 Hasil kajian (wah! macam ahli akademik pula rasanya) pemerhatian, ada elemen-elemen tertentu yang menarik perhatian saya:

  1.  Tema cerita – setiap cerita mempunyai tema yang menarik dan ‘bukan baru’.  ‘Bukan baru’ bermaksud tema-tema tersebut sentiasa digunakan oleh pengkarya-pengkarya lain sejak dari dahulu lagi, tetapi dicipta melalui perspektif yang lain.  Contoh tema utama yang digunakan ialah dunia sihir, ninja dan shinigami.
  2. Umur karakter – umur karakter dalam karya-karya ini dipelbagaikan dan tidak terhad kepada satu golongan sahaja, terdapat generasi tua, dewasa, remaja dan kanak-kanak.
  3.  Karakter – terdapat ramai karakter yang dicipta dan setiap karakter mempunyai watak dan latarbelakang yang menarik.  Pencipta karya-karya ini berusaha mencorakkan karya mereka dengan warna-warna yang memberangsangkan.
  4.  Organisasi – adanya unsur organisasi dalam karya-karya mereka seperti Kementerian Sihir, Perkampungan Sulit (Hidden Village) dan Soul Society.  Dan organisasi-organisasi tersebut mempunyai sub-sub organisasi dan unit-kecil.  Organisasi tersebut juga mempunyai hairaki, lantas memperkenalkan dunia politik secara tidak langsung.
  5. Emosi dan psikologi  - walaupun cerita-cerita yang dicipta dalam karya-karya ini mempunyai perlawanan, peperangan antara golongan baik dan jahat, ia tidak hanya fokus pada adegan-adegan tersebut semata-mata, sebaliknya disulami dengan emosi, psikologi dan perkembangan psikologi secara biologi.
  6. Orang tua – dalam karya-karya ini juga diletakkan orang tua sebagai orang yang mesti dihormati, sebagai ketua, sebagai orang yang bijaksana dan waras, sebagai orang yang berpengalaman, sebagai orang yang penuh dengan kasih saying, sebagai orang yang matang, sebagai orang yang tegas dan sebagai orang yang tidak semestinya sempurna.
  7.  Mesej – mesej utama dalam karya ini adalah tentang perhubungan interpersonal – persahabatan, kekeluargaan, jatidiri yang mantap – usah mudah berputus asa, kegagalan bukan titik akhir tetapi merupakan titik permulaan.
  8.  Kasih sayang – digarap juga sebagaimana karya-karya klasik, penawar yang mampu melawan kejahatan adalah ‘cinta’.  Tetapi dalam karya-karya ini ‘cinta’ bukan semata-mata cinta romantis, tetapi cinta dan kasih sayang sesama makhluk, cinta dan kasih sayang dalam persahabatan, cinta dan kasih sayang dalam keluarga.
  9.  Progresif – karya-karya ini berbentuk progresif, di mana watak-watak dalam karya ini membesar hampir selari dengan jarak waktu penerbitan cerita.  Berbanding dengan karya-karya lama contohnya karya Enid Blyton, watak-wataknya bagaikan berada di Neverland.

 

no comment

Kalendar

September 2010
S M T W T F S
« Jul    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Saya Mahu Hadiah PTS


Dapatkan Buku Percuma Di Sini!

Wan Norjihan Wan Abdullah

Create Your Badge

Pages

  • Aksesori Pencinta Buku
  • Hasil kerja
  • Perpustakaan peribadi
  • Tentang blog ini

Archives

  • July 2009
  • June 2009
  • November 2008
  • September 2008

Categories

  • Karya kreatif
  • Kehidupan
  • Ulasan Buku

Recent Posts

  • Syair Siti Zubaidah – Perang China
  • Seteguh Tekad
  • Used and Rare : Travels to the Book World
  • Travelog Dakwah : Meniti Hari Esok
  • Wawancara penulis-penulis fiksyen fantasi oleh Dave Weich
Dapatkan software untuk koleksi buku anda di sini Collectorz.com Book Collector

Recent Comments

  • Najibah on Travelog Dakwah : Meniti Hari Esok
  • kingkafan on Only a life lived for others is a life worthwhile

Blogroll

  • Abang Besar
  • Arief Hakim
  • Azizuddin Ahmad
  • Baha Zain
  • Kingkafan
  • Komshaha
  • MA Wahab Fatoni
  • Mentor Penulis Best Seller
  • Studio Inspirasi
  • UNIKA PTS
  • Writer’s Digest

Find Books

  • E-Book’s Mall
  • Public Domain’s Books

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org

Recent Entries

  • Syair Siti Zubaidah – Perang China
  • Seteguh Tekad
  • Used and Rare : Travels to the Book World
  • Travelog Dakwah : Meniti Hari Esok
  • Wawancara penulis-penulis fiksyen fantasi oleh Dave Weich
  • Elemen-elemen dalam karya popular
  • Only a life lived for others is a life worthwhile

Recent Comments

  • Najibah in Travelog Dakwah : Meniti Hari Esok
  • kingkafan in Only a life lived for others is a life worthwhile
  • Random Selection of Posts

    • Wawancara penulis-penulis fiksyen fantasi oleh Dave Weich
    • Travelog Dakwah : Meniti Hari Esok
    • Syair Siti Zubaidah – Perang China
    • Used and Rare : Travels to the Book World
    • Only a life lived for others is a life worthwhile
    • Elemen-elemen dalam karya popular
    • Seteguh Tekad
© 2008 Norjihan’s is proudly powered by WordPress
Theme designed by Roam2Rome