Antara karya kreatif yang mendapat sambutan melangkaui sempadan demografik dan umur adalah siri Harry Potter, Naruto dan Bleach.
Siri-siri sebegini yang asalnya adalah novel dan manga telah difilemkan dan dihasilkan ke dalam bentuk animasi, di samping diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa samada secara berlesen ataupun tidak.
Ia juga menyaksikan pelbagai blog dan laman web dibangunkan oleh peminat-peminat yang mahu berkongsi minat dan keterujaan mereka.
Apakah yang menjadi daya tarikan mereka? Ianya terlalu subjektif untuk dikatakan di sini kerana setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza kenapa mereka meminati karya-karya ini.
Hasil kajian (wah! macam ahli akademik pula rasanya) pemerhatian, ada elemen-elemen tertentu yang menarik perhatian saya:
-
Tema cerita – setiap cerita mempunyai tema yang menarik dan ‘bukan baru’. ‘Bukan baru’ bermaksud tema-tema tersebut sentiasa digunakan oleh pengkarya-pengkarya lain sejak dari dahulu lagi, tetapi dicipta melalui perspektif yang lain. Contoh tema utama yang digunakan ialah dunia sihir, ninja dan shinigami.
-
Umur karakter – umur karakter dalam karya-karya ini dipelbagaikan dan tidak terhad kepada satu golongan sahaja, terdapat generasi tua, dewasa, remaja dan kanak-kanak.
-
Karakter – terdapat ramai karakter yang dicipta dan setiap karakter mempunyai watak dan latarbelakang yang menarik. Pencipta karya-karya ini berusaha mencorakkan karya mereka dengan warna-warna yang memberangsangkan.
-
Organisasi – adanya unsur organisasi dalam karya-karya mereka seperti Kementerian Sihir, Perkampungan Sulit (Hidden Village) dan Soul Society. Dan organisasi-organisasi tersebut mempunyai sub-sub organisasi dan unit-kecil. Organisasi tersebut juga mempunyai hairaki, lantas memperkenalkan dunia politik secara tidak langsung.
-
Emosi dan psikologi - walaupun cerita-cerita yang dicipta dalam karya-karya ini mempunyai perlawanan, peperangan antara golongan baik dan jahat, ia tidak hanya fokus pada adegan-adegan tersebut semata-mata, sebaliknya disulami dengan emosi, psikologi dan perkembangan psikologi secara biologi.
-
Orang tua – dalam karya-karya ini juga diletakkan orang tua sebagai orang yang mesti dihormati, sebagai ketua, sebagai orang yang bijaksana dan waras, sebagai orang yang berpengalaman, sebagai orang yang penuh dengan kasih saying, sebagai orang yang matang, sebagai orang yang tegas dan sebagai orang yang tidak semestinya sempurna.
-
Mesej – mesej utama dalam karya ini adalah tentang perhubungan interpersonal – persahabatan, kekeluargaan, jatidiri yang mantap – usah mudah berputus asa, kegagalan bukan titik akhir tetapi merupakan titik permulaan.
-
Kasih sayang – digarap juga sebagaimana karya-karya klasik, penawar yang mampu melawan kejahatan adalah ‘cinta’. Tetapi dalam karya-karya ini ‘cinta’ bukan semata-mata cinta romantis, tetapi cinta dan kasih sayang sesama makhluk, cinta dan kasih sayang dalam persahabatan, cinta dan kasih sayang dalam keluarga.
-
Progresif – karya-karya ini berbentuk progresif, di mana watak-watak dalam karya ini membesar hampir selari dengan jarak waktu penerbitan cerita. Berbanding dengan karya-karya lama contohnya karya Enid Blyton, watak-wataknya bagaikan berada di Neverland.
![]()


Related Articles
No user responded in this post
Leave A Reply