Saya memang sukakan buku. Saya suka baca dan kumpul buku. Kalau ada yang pinjam dan tidak pulangkan balik, saya akan cari orang itu untuk dapatkan balik buku saya, kalau tidak jumpa dia, saya akan beli buku lain. Kadang-kadang agak sukar untuk kita ingat siapa yang pinjam buku kita, kan? Dan, apabila sudah banyak buku, kita kadang-kadang terlupa senarai buku yang kita ada, lalu terbeli buku yang sama.
Saya sudah lama mencari satu sistem untuk merekod dan mendaftar koleksi buku-buku saya. Sistem seperti sistem perpustakaan. Kemudia saya terjumpa software Book Collector. Saya dibenarkan untuk muat turun software ini sebagai percubaan. Selepas mencuba, saya terus membeli software ini. Memang mudah dan menarik. Klik di link di bawah untuk maklumat lanjut.


